Ujian Ultrasonik
1) Ujian ultrasonik menggunakan tenaga frekuensi bunyi untuk melakukan pemeriksaan dan membuat
ukuran pada bahan ujian.
2) Pengujian ultrasonic
boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk bahan termasuk bahan tuangan, tempaan,
kimpalan dan komposit.
3) Sebahagian besar
maklumat berkaitan bahagian yang akan dilakukan pemeriksaan akan dikumpulkan,
seperti kekurangan ketebalan, lebihan permukaan dan sifat mekanikal bahan
tersebut.
Gambarajah 1: Menunjukkan graf pada instrumen dan frekuensi gelombang
Prinsip Pengujian ultrasonik
1) Gelombang ultrasonic
diperkenalkan kedalam bahan dimana gelombang bergerak dalam garisan lurus dan
pada kelajuan yang tetap sehingga gelombang menemui permukaan.
2) Di permukaan utama
beberapa tenaga gelombang dipantulkan dan sebahagian dihantar semula ke prob.
3) Jumlah tenaga yang
dipantulkan dan dihantar dapat mengesan dan memberikan maklumat tentang ukuran
dari pantulan balikkan.
4) Masa perjalanan
bunyi gelombang boleh diukur dan ini memberikan maklumat mengenai jarak
gelombang yang dilalui.
Peralatan
Pemilihan peralatan
yang betul adalah penting untuk memastikan data pemeriksaan yang tepat seperti
dikehendaki untuk pengiraan tertentu. Secara amnya, terdapat tiga komponen asas
yang terdiri dari sistem ujian ultrasonic:-
1.
Instrumentation
2.
Transducers
3.
Calibration Standards
Gambarajah 2: Transdusers
Gambarajah 3 dan 4 : Instrumentation
Gambarajah 5 dan 6 : Calibration standards
Teknik pengujian
1.
Ujian
ultasonik adalah kaedah pemeriksaan yang
sangat serba boleh dan pemeriksaan ini boleh dicapai dalam beberapa cara yang
berbeza.
2.
Teknik
pemeriksaan Ujian ultrasonic biasanya dibahagikan kepada tiga klasifikasi utama
iaitu:-
i.
Pulse –echo dan
melalui Transmisi (Berkaitan dengan
tenaga yang dipantulkan atau dihantar semasa penggunannya)
ii.
Beam normal dan
Sudut Beam ( Berkaitan dengan sudut dimana gelombang tenaga bunyi memasuki
kawasan dalaman bahan)
iii.
Hubung dan
penyerapan (Berkaitan dengan kaedah gabungan transduser kepada kawasan
pengujian)
Gambarajah : Menunjukkan sesi penerangan peralatan dan pengujian
Kelebihan Ujian Ultrasonik
1.
Sensitif kepada
ketidakstabilan permukaan kecil dan bawah permukaan.
2.
Kedalaman
penembusan untuk mengesan dan pengukuran kecacatan adalah lebih tinggi dari
kaedah lain.
3.
Ketepatan tinggi
dalam menentukan kedudukan pemantulan dan menganggar saiz dan bentuk.
4.
Penyediaan
bahagian minimum diperlukan.
5.
Perlatan
elektronik menyediakan keputusan ujian dengan serta merta.
6.
Imej terperinci
boleh dihasilkan dengan sistem automatik.
7.
Mempunyai
kegunaan lain seperti pengukuran, ketebalan untuk mengesan kecacatan.
Kekurangan Ujian Ultrasonik
1.
Permukaan
mestilah boleh diakses dan bersih dari habuk bagi memudahkan pengahantaran
gelombang ultra bunyi.
2.
Kemahiran dan
latihan lebih luas daripada ujian kaedah yang lain.
3.
Bahan- bahan
yang kasar, tidak teratur di dalam bentuk sangat kecil sukar untuk diperiksa.
4.
Besi tuang dan bahan – bahan besi yang lain sukar
diperiksa kerana pengahantaran bunyi rendah dan isyarat terlalu tinggi.
5.
Rujukan Piawaian
diperlukan untuk menentukan peralatan dan perincian spesifikasi bahan.
Good Afternoon,we would like to ask for your service to testing our ultra sonic machine as per JKKP(DOSH) requirement.
ReplyDeleteplease do not hesitate to call me @ 0162573663-Mus